~UMMU SALAMAH~

arini paper 1st utk final exam kali ni…huhu..Alhamdulillah selesai sudah,so malam ni relax2 dulu coz next paper 3 days more haha…xtau nk buat ape malam ni so saya terbaca la satu kisah cerpen yg bertajuk cinta diam-diam…Subhanallah..tersentuh rase hati bila membacanye, apa yg menarik sy adalah terdapat juga kisah Ummu Salamah yg diselitkan dlm cerpen ini..

so untuk entri kali ni sy nk ceritakan kisah Ummu Salamah yg menjadi salah satu Ummahatul Mukminin…

Wanita yang kesabarannya dan ketabahannya membuahkan balasan yang agung…^_^

“Ummu Salamah adalah wanita terhormat, berhijab dan suci. Ummu Salamah merupakan sepupu kepada Khalid bin Walid yang digelar Pedang Allah dan Abu Jahal bin Hisyam. Dia termasuk wanita yang pertama kali berhijrah. Ummu Salamah merupakan isteri kepada Abu Salamah bin Abdul Asad Aal-Makhzumi, iaitu sahabat Rasulullah yang merupakan seorang lelaki yang soleh.”

“Kisah kesedihan Ummu Salamah bermula apabila suami tercintanya, Abu Salamah meninggal dunia setelah pulang dari perang Uhud. Dia meninggal akibat luka parah yang dialaminya. Pada ketika itu, Ummu Salamah merasa sangat sedih. Fikirannya sangat terganggu. Namun, Ummu Salamah, seorang yang intelek tidak mahu membiarkan dirinya dirundung pilu berterusan dan kerana itu Ummu Salamah dinasihatkan oleh Nabi s.a.w berkenaan masalahnya. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar satu doa kepadanya  yang bermaksud,

 

“Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

Lalu, Ummu Salamah terus-terusan mengamalkan doa itu walaupun dia selalu tertanya-tanya siapa lagi yang lebih baik dari suaminya kerana suaminya adalah  lelaki yg sangat soleh.

 

Dalam pada ketika itu, beberapa sahabat Rasulullah s.a.w ada melamar Ummu  Salamah. Hal ini mereka lakukan sebagai tanda hormat terhadap suaminya yang  telah berkorban demi Islam dan juga untuk melindungi diri Ummu Salamah. Mereka  itu termasuklah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab , tetapi Ummu  Salamah menolaknya.

 

Kemudian dengan izin dan kehendak Allah, Ummu Salamah selepas itu dilamar oleh  Rasulullah s.a.w sendiri. Akhirnya, inilah rupanya hasil doa dan kesabaran Ummu  Salamah. Kehilangan Abu Salamah telah diganti oleh Allah dengan sebaik-baik  manusia yakni Rasulullah s.aw.

 

Namun, lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

 

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

 

Kemudian, hilanglah rasa ralat di hati Ummu Salamah. Lalu diterima lamaran sebaik-baik manusia itu dengan rasa gembira. Status Ummu Salamah meningkat menjadi salah satu Ummahatul Mukminin, yang telah memberikan contoh tauladan dalam menempuh dugaan hidup.

 

# berdasarkan kisah ini, kita patut percaya dan yakin akan ketetapan yang telah dari Allah. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan yg terbaik buat kita…satu sahaja kuncinya adalah dengan berusaha dan berdoa…yg penting mesti istiqamah dan selalu bergantung padaNYA..Allah suka sngt dengar suara hambanya yg tidak putus2 berdoa sepanjang masa..INSYALLAH…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s